PERITUSAN AIDILFITRI DARIPADA ILMAM PUSAT

>> Saturday, September 11, 2010


Assalamulaikum Wa Rahahmatullahi Wabaarakaatuh

Saya, selaku Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM), mewakili seluruh saf kepimpinan ILMAM Pusat, ingin mengucapkan Salam EidulFitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada semua sahabat lepasan mahasiswa Mesir samada muslimin dan muslimat, yang baru dan yang lama, yang tua dan yang muda dan semua muslimin dan muslimat yang mengikuti perkembangan ILMAM ini.

EidulFitri, hari yang dinantikan oleh semua muslimin dan muslimat yang telah bertungkus lumus berjihad dalam Ramadhan yang lalu. Jadi, kita selaku mereka yang memiliki pengiktirafan dunia dalam ilmu agama yang terbaik, mesti menjadikan hari raya ini sebagai peluang untuk kita membuka lembaran yang baru dalam diari kehidupan kita seharian.

Dengan tidak dipengaruhi oleh segala bentuk anasir yang boleh membantutkan kerja-kerja dakwah Islam di tempat kita berada di sini, marilah kita sama-sama mengisi lembaran baru tersebut dengan kerja-kerja yang mendatangkan manfaat yang besar, terutama terhadap kumpulan Islam yang ingin mendaulatkan Islam dan melaksanakan pemerintahan mengikut cara Islam yang berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias.

Marilah, kita sama-sama, selaku di antara mereka yang memiliki nama yang masyhur, dan menjadi harapan besar, yang berstatuskan `Graduate From Mesir’ di mata masyarakat setempat, bergerak, mendidik, membimbing, dan bermasyarakat di atas satu platform utama, platform Islam, yang berdasarkan kepada pegangan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias, yang bermatlamatkan sepertimana matlamat perjuangan Nabi Muhammad saw, dengan mengenepikan platform-platform lain yang mencacatkan perjuangan Islam yang pernah diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw. Kebersamaan kita dalam platform tersebut merupakan kewajipan, bukanlah perkara yang sunat.

Akhirnya, saya mendoakan kepada sahabat-sahabat sekalian, agar dikurniakan kehidupan yang berkat dan selamat samada di dunia dan akhirat dengan keberkatan rezeki yang paling mahal di sisi Allah taala, iaitulah kekalnya nikmat Islam dan Iman.

Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zukapeli,
Presiden,

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM).

7 comments:

al-muwariy as-so'eediy October 23, 2010 at 1:51 AM  

Setakat pengajian yg sempat saya ikuti ketika pulang bercuti pd 2009 lalu, inilah beberapa tempat pengajian agama di MUAR utk semua lapisan masyarakat(orng dewasa, remaja mahu pun kanak-kanak, lelaki dan wanita):

1)Tempat:di rumah hj. husin, jln joned, muar, brhampiran sek.sultan abu bakar.
Hari:setiap rabu jam 9-11 pagi.
guru: Faqeh Zaid, tinggal di kg. tengah.lepasan pondok.
Saya telah mendengar guru pondok Ustaz Imran bin Mat Kahar(tel:012 226 0403)berkata:Satu contoh kepintaran beliau ketika menuntut ilmu ialah beliau menghabiskan hafalan matan alfiyyah ibnu malik dlm masa sebulan sahaja.
Kitab yg diajar:aqidatun-najiin(kitab tauhid berbahasa melayu, tulisan jawi).
---Nk kenal rumah hj.husin: Rumahnya warna kuning, 2 tingkat. Kalau pagi rabu tu, kita akan nampak banyak kereta berhenti di kiri-kanan jalan.Sebenarnya kelas ini dianjurkan oleh Persatuan Pencen Muar. Walaupun yg menghadirinya rata-rata org yg sudah berpencen, tapi kita yg masih muda segar dan kuat ingatan ni dituntut juga mendalami ilmu agama kerana hukumnya wajib dan ingatlah ilmu itu tk mengenal usia.mati ketika menuntut ilmu lebih bagus drpd mati di kedai kopi.mati dlm keadaan alim lebih baik drpd mati dlm keadaan jahil tak kenal tuhan,tak kenal masjid, tak tau halal-haram dll.Ya Allah berikanla kami husnul khotimah.

al-muwariy as-so'eediy October 23, 2010 at 1:52 AM  

2)Surau Parit. Hj. Baki Dalam, Muar.Surau ini tk kelihatan dr luar jln raya kerana lokasinya terletak di tgh-tgh kwsn perumahan. Tanyalah penduduk tempatan.
Hari:setiap khamis mlm jumaat kecuali khamis pertama bulan masehi.(waktunya maghrib-isya')
Guru:Faqeh Zaid.
Kitab: AL-JAWHARUL-MAUHUB(kitab bahasa melayu tulisanjawi) dan ada kitab lain.Tanyalah ahli surau di situ.

3)Tempat:Surau Parit HJ. Baki Luar.Surau ini bercat biru.
Hari: Isnin atau Selasa saya tk pasti(waktunya maghrib hingga isya')
Kitab: Tafsir Nurul Ihsan(kitab tafsir bahasa melayu, tulisan jawi)
Guru:Ust.Atho'illah.Tenaga pengajar Madrasah Ribat, Parit perupok, jln,temenggong ahmad,muar.

al-muwariy as-so'eediy October 23, 2010 at 1:55 AM  

4)Tempat: Rumah Hj.Ahmad, lokasinya sebelah kiri jln. HJ.Jaib, selepas pasaraya econsave jika anda menuju ke arah Sek.mEN. Dato Sri Amar diraja.Rumah ini 4 tingkat(kalau tk silap) bercat merah pink.
Hari:Isnin atau Selasa(jam 2-5 petang.berjihadla melawan nafsu...kerana waktu ni la sedap sangat berehat dn tidor.lawan tetap lawan!kalau tk belajar sekarang, tk kan la kita dh mati baru nk belajor, tk gitu hj.seman?hehehe)
Guru:Cikgu Katimon.seorang alim lepasan Ribat Parit Perupok.
Kitab:MACAM-MACAM ADA.tauhid, feqh, tasauf.

5)Tempat: Surau jln hasyim,dlm sekolah arab.betul-betul di simpang "y"antara jln hasyim dn jln bakri.dekat ngn perkuburan muslim di situ.
Hari: Jumaat(maghrib -isya)
Guru:ada 2 org, dan jadual pengajian bergilir-gilir.Kalau jumaat ini Cikgu Katimon mengajar kitab "perukunan sembahyang" dan hidayatus-salikin syarah bidayatul hidayah(kalau tk silap), maka jumaat depan ustaz sulaiman syarif akan mengajar tp syarahan umum.

5)tempat:masjid kg. kelantan, boleh dikatakan berdekatan sekolah dato' sri amar diraja.
Hari: Khamis pertama bulan masehi.(maghrib -isya)
Guru: Faqeh Zaid
Kitab: faridatul-faraoid(kitab tauhid, bahasa melayu tulisan jawi).

al-muwariy as-so'eediy October 23, 2010 at 2:02 AM  

OK.tu je yg saya dpt kongsikan.
sedih juga kadang-kadang,sebab tak ramai yg tahu, jadi tak ramai yg hadir.
ajak keluarga anda memenuhkan majlis mulia ini, supaya kita dimuliakan di akhirat nanti.
ajak juga jiran, teman sekerja.
ajak semua saudara -mara.
ajaklah semua.jgnlah masuk syurga sorang-sorang.
bateri iman kita perlu dicas di tempat-tempat seperti di atas.
usahalah atas iman dengan beramal.
usahalah atas ikhlas dlm amalan dengan menuntut ilmu.


tk dpt ikut semua, ikut salah satu kelas di atas pun cantik juga.yg penting istiqomah dan ikhlas.

nak cari ketenangan hidup,pembersihan jiwa, kunjungilah tempat-tempat di atas. modal hanyalah minyak kenderaan,umur,alat tulis, buku catitan.
kalau nak rakam guna mp3, boleh je.hendak seribu daya, mahu seribu usaha.

cepatla-cepat,
jgn ketinggalan,
ganjaran menarik,
menanti anda,
di pintu syurga.

al-muwariy as-so'eediy October 23, 2010 at 2:03 AM  

ini alamat pondok sekitar daerah muar.
1) Madrasah Ribat, Parit Perupuk, Jalan Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor.
Tuan Guru Tengku Ramli b Aman.(016 644 1770).

2)Madrasah Miftahul Muarif, Kg Padang Lalang, Jorak, Bukit Pasir, 84000 Muar, Johor.
Ustaz Hj Nazaruddin b Sarbini.(016 644 0936)

3)Madrasah Darul Istiqamah, Kg Simpang Baba, 84000 Muar, Johor.
Ustaz Imran b Mat Kahar.(012 226 0403).

اللَّهُمَّ إِنِّيْ قَدْ بَلَّغْتُ اللَّهُمَّ فَاشْهَدْ
YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU SUDAH MENYAMPAIKAN DAN MEMBERITAHU, MAKA SAKSIKANLAH YA ALLAH.

DITULIS OLEH:
muhammad shafiq bin elias,
26, tmn rozy, jln hj, abdullah, 84000, muar johor.
springdelta@yahoo.com
http://sasteraarab.blogspot.com/

Bonang Penerus January 12, 2011 at 12:07 AM  

di Batu Pahat ada ke pengajian pondok ...susahnya nak cari kat sini

Bonang Penerus January 12, 2011 at 12:09 AM  

cadang nak buat pengajian kitab lama di Parit Raja Batu Pahat ..harap tuan-tuan dapat bantu . Syukran

Fauzi 019 -3576830 . hikmaharif.blogspot.com

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP