KENYATAAN RASMI ILMAM MENGENAI ISLAMIC FASHION FESTIVAL

>> Saturday, October 23, 2010

"Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia baru-baru ini telah dikejutkan dengan satu penganjuran pertunjukkan fesyen yang mana secara jelas telah menghina Islam dan Rasulullah s.a.w.

Pertunjukkan fesyen ini telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan satu tindakan mencemarkan kesucian Islam.

Apa yang dikesalkan adalah penaung kepada pertunjukan fesyen ini yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang beragama Islam.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) dengan dukacitanya melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Datin Seri Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang juga merupakan seorang muslimah khususnya dan kesal terhadap penganjuran program ini secara umumnya.

Adakah umat Islam belum cukup terhina dengan pelbagai siri pencemaran dan pengkhianatan barat terhadap Islam dengan terbitnya karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah s.a.w? Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam? ILMAM melahirkan satu kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.

ILMAM dengan ini menyeru kepada seluruh umat Islam untuk membantah dan mencela IFF ini dengan apa jua cara khususnya para ilmuan Islam yang berada dalam kerajaan Malaysia atau parti pemerintah agar turut sama bangkit membantah dan tidak menjadi ‘Syaitan Bisu’. Ingatlah firman Allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman kenapah kamu menuturkan apa yang kamu tidak lakukannya? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kata-kata kamu yang tidak dikotakan!"(Surah As-Sof:2-3)

ILMAM juga menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini. Setiap individu umat Islam harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana kemungkinan tindakan tersebut akan dikira sebagai perkara yang membatalkan syahadah tanpa disedari walaupun apa yang dilakukan itu tidak berniat untuk menghina. Semua pihak terutama pihak yang berkuasa haruslah insaf dan sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga agama dan kesucian aqidah Islam. Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya.



Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)
"

Read more...

PERITUSAN AIDILFITRI DARIPADA ILMAM PUSAT

>> Saturday, September 11, 2010


Assalamulaikum Wa Rahahmatullahi Wabaarakaatuh

Saya, selaku Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM), mewakili seluruh saf kepimpinan ILMAM Pusat, ingin mengucapkan Salam EidulFitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada semua sahabat lepasan mahasiswa Mesir samada muslimin dan muslimat, yang baru dan yang lama, yang tua dan yang muda dan semua muslimin dan muslimat yang mengikuti perkembangan ILMAM ini.

EidulFitri, hari yang dinantikan oleh semua muslimin dan muslimat yang telah bertungkus lumus berjihad dalam Ramadhan yang lalu. Jadi, kita selaku mereka yang memiliki pengiktirafan dunia dalam ilmu agama yang terbaik, mesti menjadikan hari raya ini sebagai peluang untuk kita membuka lembaran yang baru dalam diari kehidupan kita seharian.

Dengan tidak dipengaruhi oleh segala bentuk anasir yang boleh membantutkan kerja-kerja dakwah Islam di tempat kita berada di sini, marilah kita sama-sama mengisi lembaran baru tersebut dengan kerja-kerja yang mendatangkan manfaat yang besar, terutama terhadap kumpulan Islam yang ingin mendaulatkan Islam dan melaksanakan pemerintahan mengikut cara Islam yang berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias.

Marilah, kita sama-sama, selaku di antara mereka yang memiliki nama yang masyhur, dan menjadi harapan besar, yang berstatuskan `Graduate From Mesir’ di mata masyarakat setempat, bergerak, mendidik, membimbing, dan bermasyarakat di atas satu platform utama, platform Islam, yang berdasarkan kepada pegangan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias, yang bermatlamatkan sepertimana matlamat perjuangan Nabi Muhammad saw, dengan mengenepikan platform-platform lain yang mencacatkan perjuangan Islam yang pernah diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw. Kebersamaan kita dalam platform tersebut merupakan kewajipan, bukanlah perkara yang sunat.

Akhirnya, saya mendoakan kepada sahabat-sahabat sekalian, agar dikurniakan kehidupan yang berkat dan selamat samada di dunia dan akhirat dengan keberkatan rezeki yang paling mahal di sisi Allah taala, iaitulah kekalnya nikmat Islam dan Iman.

Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zukapeli,
Presiden,

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM).

Read more...

PROGRAM BERBUKA PUASA DI RUMAH PENGASIH

>> Thursday, August 26, 2010

Pengerusi ILMAM menyampaikan cenderahati kepada pihak PENGASIH


Wakil Persatuan Perubatan Islam Malaysia yang turut sama menjayakan program tersebut

Antara yang hadir pada majlis tersebut.Turut hadir wakil BKPJM Dr Yazid

Terima kasih buat semua yang hadir dan kepada para penderma yang menjayakan program berbuka puasa pada kali ini.Semoga jasa kalian dinilai disisi Allah

Read more...

MAKLUMAN PROGRAM ILMAM

>> Saturday, July 31, 2010

ILMAM Johor akan mengadakan Program Berbuka Puasa sebagaimana berikut

1)Rumah PENGASIH Muar
Tarikh :21 Ogos 2010
Hari :Sabtu

2)Rumah Anak-anak Yatim Daerah Muar
Tarikh : 28 Ogos 2010
Hari :Sabtu

Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik kepada mana-mana individu atau syarikat agar dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan proram ini.Segala sumbangan bolehlah diserahkan kepada Pengerusi ILMAM Johor, Ust Zarul B. Salleh di talian 019 6813876.

Kepada ahli ILMAM atau mahasiswa/siswi Al Azhar /Medic yang sedang bercuti di Malaysia dan ingin turut serta di dalam program ini bolehlah memaklumkan nama anda kepadaUst Zarul B. Salleh di talian 019 6813876.

SEMOGA RAMADHAN KALI INI BERMAKNA BUAT KITA

Read more...

RISALAH MINGGUAN

>> Wednesday, June 16, 2010


Allah memuliakan hambanya dengan Islam


Marilah kita sedar dan insaf dengan peristiwa yang menyayatkan hati umat islam akhir-akhir ini apabila Israel mengaku baitulmaqdis menjadi ibu negari.Ini boleh berlaku apabila dilakukan oleh beberapa ribu orang Yahudi yang berkumpul di Israel di hadapan lebih satu bilion umat islam didunia ini.


Marilah kita membuat perhitungan di manakah kelemahan dan kesilapan umat islam sehingga menerima kehinaan sebegitu rupa.Untuk memahami perkara ini maka perlukan kita mengambil pengajaran daripada keadaan Saidina Umar Bin Al Khatab r.a ke Baitulmaqdis untuk menerima penyerahan Baitulmaqdis untuk kepada Islam selepas Palestin dibebaskan oleh Rom Kristian.


Apabila sampai di Baitulmaqdis,Saidina Umar menyampaikan ucapannya yang mahsyur kepada para sahabat yang diantara lain beliau berkata yang bermaksud “Kita adalah suatu kaum yang Allah Taala memuliakannya dengan Islam,jika kita mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam maka Allah menimpakan kehinaan kepada kita”

Sebenarnya umat Islam telah meninggalkan Islam Dan meletakkan Islam dibelakang bukannya dihadapan sebagai pemimpin di dalam urusan hidup mereka.Islam lebih bersifat agama baka dan keturunan bukannya menjadi agama aqidah yang tertanam di dalam hati yang menjadi kebanggaan mereka dan mendapat kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah Taala.


Lalu sebahagian daripada negara umat Islam diperentah oleh mereka yang bersifat munafiq.Mereka mencari kemuliaan daripada orang yang bukan Islam bukannya dari pada Allah.


Sebenarnya mereka ini ketandusan aqidah dan kemarau keyakinan kepada Allah Taala sehingga ada sebahagiaan besar daripada mereka berlutut dihadapan kuasa-kuasa besar di dunia yang bukan Islam.Ada dikalangan mereka bersetuju melakukan apa sahaja tuntutan kuasa-kuasa besar tersebut.


Mereka lupa kepada kebesaraan Allah Taala dan lupa kepada janji Allah untuk memberi kemenangan kepada sesiapa yang menolong agama-Nya.Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu” (Surah Muhammad:7).


Sebahagian negara umat Islam mengantungkan ekonomi kepada kuasa-kuasa besar kafir di dunia.Mereka bergantung kepada pinjaman kewangan daripada bank-bank besar dunia yang dimiliki oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi.Di dalam mereka dasar pendidikan pula mereka merujuk kepada sistem pendidikan yang digubal oleh orang-orang kafir.Banyak daripada dasar negara umat Islam berkiblatkan kepada negara bukan islam.Hilang daripada mereka perasaan bangga terhadap Islam dan semangat jihad untuk mempertahankan umat Islam dan meninggikan agama Islam.Firman Allah Taala Yang bermaksud:

“Jika kamu tidak keluar berperang maka Allah akan mengazabkan kamu dengan siksaan yang pedih dan akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain dan kamu tidak dapat mendatangkan memudaratan sedikit pun kepada Allah,dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu”

(Surah At-Taubah: 39).


Marilah kita merasa gerun kepada amaran Allah dan meletakkan kesedaran di dalam diri untuk kembali kepada Islam satu-satunya kemuliaan yang dijanjikan oleh Allahdan yang menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.

Read more...

SELAMAT MENDUDUKI IMTIHAN FASAL THANI

>> Sunday, June 13, 2010


Ikatan Lepasan Mahasiswa Al Azhar Cawangan Johor mengucapkan selamat menduduki Imtihan Fasal Thani kepada Mahasiswa/siswi Johor khususnya dan Malaysia amnya diMesir.Semoga ilmu yang didapati dapat diamalkan dalam kehidupan kita.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP