Showing posts with label KENYATAAN RASMI. Show all posts
Showing posts with label KENYATAAN RASMI. Show all posts

KENYATAAN MEDIA ILMAM JOHOR

>> Thursday, February 3, 2011

Adalah dimaklumkan bahawa mahasiswa dan mahasiswi Johor yang berada di Mesir dalam keadaan yang selamat dan menunggu masa untuk dipindahkan ke Jeddah pada hari ini (4 Febuari 2011).Untuk makluman juga pelajar Johor yang berada di Kaherah seramai 157 orang yang akan dibawa keluar hari ini.Manakala pelajar Johor yang berada di cawangan akan berpindah mengikut cawangan mereka.

ILMAM Johor mengambil prihatin perkara ini dengan mendapatkan makluman daripada Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir, Ust Syed Meftahul Ulum.Beliau juga menegaskan bahawa keselamatan pelajar Johor dalam keadaan baik.

Namun begitu ada beberapa isu yang perlu kami utarakan sebagai untuk diambil perhatian bersama:

1.ISU TAMBANG BALIK KE MALAYSIA DAN KE MESIR.

Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, Pegawai Kedutaan di Mesir melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm

1. Kos perjalanan dari Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan

2. Sara hidup dan perbelanjaan sepanjang di Jeddah adalah ditanggung oleh pihak kerajaan.

3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.

4. Perjalanan ke Jeddah - KL adalah dengan tanggungan sendiri

5. Perjalanan ke Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri

(Sumber: http://ilmampusat.blogspot.com/)

Kami prihatin terhadap isu ini yang akan menimbulkan masalah bagi pelajar-pelajar yang kurang kemampuan.Keadaan ini hanya menyukarkan mereka jesteru itu ILMAM Johor menyarankan agar pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang ke Malaysia dan bukan dipindahkan sahaja ke Jeddah.

2.PELAJAR YANG MASIH TINGGAL DI MESIR.

Daripada makluman yang kami perolehi terdapat beberapa pelajar yang memutuskan untuk tinggal di Mesir.Ini disebabkan mereka diberitahu bahawa tambang untuk pulang ke Malaysia atau pulang ke Mesir adalah tanggungan sendiri.Jesteru kami mengharapkan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah memantau keadaan mereka dan tidak berlepas tangan atas isu ini.Harus diingatkan juga bereadaan mereka disana turut menbantu didalam menjaga asset-aset Kerajaan Negeri seperti rumah negeri dan sebagainya.

3.KERJASAMA KERAJAAN NEGERI DAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR.

Sekiranya isu tambang pulang ini berlanjutan, kami mengharapkan agar pihak Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil prihatin diatas isu ini.Setakat ini sudah ada kerajaan Negeri yang menghantar pengawai mereka ke Jeddah untuk menguruskan pelajar mereka di sana.Pihak kami juga mengharapkan keprihatinan Kerajaan Johor diatas isu ini.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mendoakan agar pelajar-pelajar Johor yang berada di Mesir dipelihara oleh Allah daripada sebarang musibah.

MOHD ZARUL B. SALLEH

Pengerusi Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Cawangan Johor

Read more...

KENYATAAN RASMI ILMAM MENGENAI ISLAMIC FASHION FESTIVAL

>> Saturday, October 23, 2010

"Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia baru-baru ini telah dikejutkan dengan satu penganjuran pertunjukkan fesyen yang mana secara jelas telah menghina Islam dan Rasulullah s.a.w.

Pertunjukkan fesyen ini telah menggunakan nama Islam tetapi langsung tidak menepati cara pemakaian Islam bahkan mempamerkan satu tindakan mencemarkan kesucian Islam.

Apa yang dikesalkan adalah penaung kepada pertunjukan fesyen ini yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang beragama Islam.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) dengan dukacitanya melahirkan rasa kesal yang tidak terhingga terhadap penglibatan Datin Seri Rosmah sebagai penaung kepada IFF yang juga merupakan seorang muslimah khususnya dan kesal terhadap penganjuran program ini secara umumnya.

Adakah umat Islam belum cukup terhina dengan pelbagai siri pencemaran dan pengkhianatan barat terhadap Islam dengan terbitnya karikatur-karikatur yang menghina Rasulullah s.a.w? Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam? ILMAM melahirkan satu kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.

ILMAM dengan ini menyeru kepada seluruh umat Islam untuk membantah dan mencela IFF ini dengan apa jua cara khususnya para ilmuan Islam yang berada dalam kerajaan Malaysia atau parti pemerintah agar turut sama bangkit membantah dan tidak menjadi ‘Syaitan Bisu’. Ingatlah firman Allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman kenapah kamu menuturkan apa yang kamu tidak lakukannya? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kata-kata kamu yang tidak dikotakan!"(Surah As-Sof:2-3)

ILMAM juga menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini. Setiap individu umat Islam harus berhati-hati dalam setiap tindakan kerana kemungkinan tindakan tersebut akan dikira sebagai perkara yang membatalkan syahadah tanpa disedari walaupun apa yang dilakukan itu tidak berniat untuk menghina. Semua pihak terutama pihak yang berkuasa haruslah insaf dan sedar akan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga agama dan kesucian aqidah Islam. Ingatlah pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w bahawa Islam itu berada di tempat paling tinggi dan tiada sesuatu pun yang lebih tinggi daripadanya.



Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden,
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)
"

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP